The Reds won...[ Liverpool 2 - 0 Newcasle ]
Hmm syukur the red armies menang lagi. Newcastle berputih mata dengan gol dari Stevie Gerrard dan Peter Crouch melonjakkan kedudukan The Reds dan menambahkan kerancakan persaingan dengan The Blues. Khamis ni kita lihat perhitungan derby dengan jiran tetangga Everton yang seakan-akan berada dalam krisis. Dari kedudukan ketiga dan bersaing dalam pusingan awal European Cup awal Ogos lepas kini mereka menderita dengan rentetan kekalahan dandi boo oleh penyokong-penyokong sendiri. Rafael Benitez tentunya telah menyiapkan ramuan-ramuan untuk dibawa ke Goodison Park dan menyediakan resipi David Mooyes.
Paling menarik malam tadi Liverpool telah memecahkan rekod 8 kemenangan berturut-turut yang paling akhir dilakukan di zaman Kenny Daglish menerajui kelab. Dan Pepe Reina terus unggul menjaga gawangnya dari dibolosi.
Hmmm ramalan aku tentang kesebelasan utama hanya satu yang meleset. Momo Sissoko tidak diturunkan sebaliknya Benitez terus memberi kepercayaan kepada Harry Kewell melancarkan serangan dari arah kiri pasukan.
Bye for now

0 Comments:
Post a Comment
<< Home