Friday, March 17, 2006

Lama tak menulis...

Alahai dah hampir dua bulan aku tak memblogkan diri..ntah lah kalau nak dikira hari-hari aku layari internet..update website aku malah satu dari ruangan dalam website aku ialah blog..ntah la yeee..
bye for now

Lamanya tak memblogkan diri..

Alahai dah dekat dua bulan aku menyepi dari blog ini..kenapa ye ? entah....hari-hari aku melayari internet..update my website..tapi..malasnyaaaaaaaaaaaa nak berblog-blog..padahal satu dari ruangan dalam website aku ialah bout this blog...ntahlah yer...
bye for now..

Sunday, January 08, 2006

Lama tak menulis

Sibuk dengan kerja..so lama tak menulis blog

Wednesday, December 28, 2005

PTK gone..Reds wins

Hmm berlalu sudah PTK..aku tak baca pun buku-buku rujukan before duduk exam tapi rasanya tidaklah terlalu tak boleh jawab..tunggu aje keputusan..

Last night The Reds menang lagi 3 - 1 menentang jiran sekampung Everton. The Red nyata bukan lawan sebenar Everton. Teruskan mencari kegemilangan.

PTK

Macam takder idea nak memblogkan diri hari ini..besok aku exam PTK..hehe ntah ler satu abuk pun aku tidak study..harap-harap boleh lulus ler...PTK pertama dulu alhamdulillah aku lulus kedua-dua paper after revision..mula-mula keputusan datang aku kantoi kedua-dua paper tapi after 2 month datang keputusan baru memaklumkan aku lepas kedua-duanya..alhamdulillah..dan dapat lonjakan gaji melintang..hehehe rezeki apo nak di katokan...

Untuk PTK 2 yang akan aku duduki besok..aku tiada idea..nasib baik soalan objektif..main hentam jer la labu nampaknya..nak study malas, banyak kerja dll..tengok ler besok k..besok cerita..

Bye for now

Monday, December 26, 2005

The Reds won...[ Liverpool 2 - 0 Newcasle ]

Hmm syukur the red armies menang lagi. Newcastle berputih mata dengan gol dari Stevie Gerrard dan Peter Crouch melonjakkan kedudukan The Reds dan menambahkan kerancakan persaingan dengan The Blues. Khamis ni kita lihat perhitungan derby dengan jiran tetangga Everton yang seakan-akan berada dalam krisis. Dari kedudukan ketiga dan bersaing dalam pusingan awal European Cup awal Ogos lepas kini mereka menderita dengan rentetan kekalahan dandi boo oleh penyokong-penyokong sendiri. Rafael Benitez tentunya telah menyiapkan ramuan-ramuan untuk dibawa ke Goodison Park dan menyediakan resipi David Mooyes.

Paling menarik malam tadi Liverpool telah memecahkan rekod 8 kemenangan berturut-turut yang paling akhir dilakukan di zaman Kenny Daglish menerajui kelab. Dan Pepe Reina terus unggul menjaga gawangnya dari dibolosi.

Hmmm ramalan aku tentang kesebelasan utama hanya satu yang meleset. Momo Sissoko tidak diturunkan sebaliknya Benitez terus memberi kepercayaan kepada Harry Kewell melancarkan serangan dari arah kiri pasukan.

Bye for now

Sunday, December 25, 2005

reminisce the past [ Tsunami ]

Genap setahun tsunami melanda. Membawa bersama-sama ribuan nyawa dan meninggalkan benih-benih kesengsaraan yang kini membiak,berakar dan membesar. Tsunami datang membawa pengajaran. Tsunami menyedarkan insan hakikat kebesaran tuhan. Tsunami menginsafkan. Tsunami membangkitkan jiwa insan. Tsunami membawa persaudaraan. Tsunami menghentikan peperangan. Tsunami mengajar kita insan yang alpa bahawa noda dosa yang tangan kita manusia lakukan telah amat parah. Tsunami menghentikan. Tsunami..pergi lah di kau..biar kami renungi hakikat diri kami..biar kami kembali mencari erti keinsanan dan penhambaan kami di bawah panji-panji Rabbul Jalli..Tsunami..kami pasrah.

Malam ni The Reds Army berjuang. Remember..U`ll not walk alone on the pitch....teruskan berjuang dan teruskan tradisi kegemilangan seperti dulu. Malam ni..aku ramal kan kesebelasan the reds ialah :


3. Steve Finnan
4. Samy Hyypia
6. John Arne Risee
8. Steven Gerrard
10. Luis Garcia
14. Xabi Alonso
15. Peter Crouch
19. Fernando Morientes
22. Momo Sissoko
23. Jamie Caraggher
25. Pepe Reina

U`ll Never Walk Alone

Azam 2006 apa ye..tengah difikirkan. Tapi rasanya yang first and foremost ialah diet. Kuruskan badan dan banyakkan senaman semoga badan terus sihat, segar dan bertenaga insyallah.

Bye for now

I go thru it..

Sakit kepala. Tak tahu mengapa bila batuk rasanya sampai ke kepala..Disember bukan saja musim hujan tapi musim kahwin so no wonder mummy dgn Azra asyik berkampung di Inanam kerana membantu saudara mara yang kahwin...
Besuk ada jemputan kenduri doa selamat oleh Tuan Pengarah. Tak pasti aku mahu hadir ke tidak. Bukan apa..badan macam tak berapa sihat..kepala sakit..tapi insyallah jemputan tu aku cuba pergi...
Besok The Reds Army turun gelanggang berentap dengan The Magpies di Anfield. Harapnya The Reds dapat mengekalkan prestasi dan konsisten hingga hujung musim nanti. Owen balik ke kampung hmmm harapnay Carra dapat melayan Owen sewajarnya...dan The Kops akan terus mengekalkan rekod cemerlang Liga Premier...
Prestasi Kelantan Darul Naim masih umpama yoyo dalam liga perdana...minggu lepas kalah dengan kelab dari Perak..nasib baik hari minggu lalu menang menentang pasukan mana ntah lupa pulak aku hehehe...
Mas ? Malaysian Airlines System terus menjadi tajuk hangat di akhbar tempatan hmm aku ni pelanggan tetap MAS. Tahun lepas alone aku guna MAS lebih 10 kali..nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa travel..harap MAS dapat perbaiki segala kelemahan dan kekurangan dan mampu bersaing dengan syarikat penerbangan lain..
Bye for now takde idea dah..fi amanillah

Saturday, December 24, 2005

As I see it...

Almarhum Mohammad Abdullah telah meninggal dunia. Alhamdulillah beliau menjumpai nur iman sebelum ruhnya dibawa balik ke Rafiqul A`la..namun kontroversi menyelubungi tatkala jasadnya cuba disemadikan mengikut agama asalnya. Kesilapan Almarhum ialah tidak mendeklarasikan peristiwa berhijrahnya beliau dari agama sesat kepada Nur itu. Mungkin ada sebab kukuh kenapa beliau tidak secara terbuka menyatakan keislaman beliau. Sekarang Mahkamah Tinggi akan menentukan dimanakah tempat akhir pengabdian beliau. Harapnya tidak akan berlaku kekecohan apabila keputusan dikeluarkan. Kepada umat Islam, sekurang-kurangnya kita telah pun menjalankan kewajipan fardhu kifayah kita.
Tidak sabar rasanya menunggu boxing day hari kembalinya Michael Owen ke kelab lamanya sebagai musuh. Owen pastinya akan dialu-alu kan oleh peminat namun begitu harapnya segala keajaiban beliau dimasa lampau akan terhenti sejenak pada 26 Disember ini. Dan Liverpool terus bersaing dengan Chelsea. U`ll Never Walk Alone

Friday, December 23, 2005

Roda kehidupan..

Hidup penuh kesunyian. Bagi yang faham tujuan di ciptakan sebagai makhluk mungkin akan menemui titik sebenar pengabdian diri kepada al-Khaliq..tapi aku ni ntah la...
Puas mengabdikan diri di depan pc..aku keluar..kali ini memenuhi tuntutan salah satu dari roda kehidupan..membayar..bayar duit rumah..kad kredit..kereta..dll..hmmm ntah ler macam hidup ni tak lepas dari membayar..Hmm ntah ler ya..dah boring ni..fi amaanillah