Saturday, December 24, 2005

As I see it...

Almarhum Mohammad Abdullah telah meninggal dunia. Alhamdulillah beliau menjumpai nur iman sebelum ruhnya dibawa balik ke Rafiqul A`la..namun kontroversi menyelubungi tatkala jasadnya cuba disemadikan mengikut agama asalnya. Kesilapan Almarhum ialah tidak mendeklarasikan peristiwa berhijrahnya beliau dari agama sesat kepada Nur itu. Mungkin ada sebab kukuh kenapa beliau tidak secara terbuka menyatakan keislaman beliau. Sekarang Mahkamah Tinggi akan menentukan dimanakah tempat akhir pengabdian beliau. Harapnya tidak akan berlaku kekecohan apabila keputusan dikeluarkan. Kepada umat Islam, sekurang-kurangnya kita telah pun menjalankan kewajipan fardhu kifayah kita.
Tidak sabar rasanya menunggu boxing day hari kembalinya Michael Owen ke kelab lamanya sebagai musuh. Owen pastinya akan dialu-alu kan oleh peminat namun begitu harapnya segala keajaiban beliau dimasa lampau akan terhenti sejenak pada 26 Disember ini. Dan Liverpool terus bersaing dengan Chelsea. U`ll Never Walk Alone

0 Comments:

Post a Comment

<< Home